Adab

“Adab itu lebih tinggi daripada ilmu.

Jika engkau tidak beradab sedangkan engkau berilmu, maka bererti ilmumu tidak berupaya mentarbiyyahmu.

Seseorang yang beradab padahal dia tidak berilmu maka itu lebih baik berbanding seorang yang berilmu tetapi tiada beradab.

Jika ingin menyampaikan ilmu haruslah beradab, jika ingin menasihati haruslah beradab, jika ingin memberi teguran juga harus beradab, atau jika ingin memberi peringatan sekalipun ianya haruslah di dalam adab, adab dalam adab.

Teras di dalam teras itu lebih kukuh bak kayu teras gemunggal/teras kelor.

“Jangan sampai meruntuhkan akhlakmu untuk memberi akhlak kepada orang lain.”

“Saat kau berasa berilmu, disitulah bermula kejahilanmu.”
😌

By Tinta Qaseh Al Hidayah🌱

Kenal.

Assalamualaikum semoga Allah merahmati semua.diberi.keampunan diberi kejayaan dunia dan akhirat dijauhkan.dari.azab nerakaNya

 

💚Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang atau diri sendiri, lihatlah sewaktu dia/kita sangat marah; apa yang terhambur dari lisan

💛Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia/kita sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya.

💙Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia/kita berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.

❤️Jika ingin lihat sifat amanah, lihat cara dia/kita berurusan wang dan duit dengannya.

💝Jika ingin lihat kawalan nafsu, lihat cara dia/kita berbicara dengan org lain jantina yang dia sukai.

#PeringatanBersama
#JomMuhasabah💚

❤️💛💚💗💜💚

 

“Kehebatan seseorang terdapat pada 3 perkara :

💜1. Kemampuan menyembunyikan kemelaratan, sehingga orang lain menyangkamu bercukupan kerana kamu tidak pernah meminta.

💚2. Kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang mengiramu merasa ridha.

💛3. Kemampuanmu menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengiramu selalu senang.”

(Imam Asy-Syafi’e)💚